Port Nyembang Baru

Saturday, March 14, 2009

Kenapa?? Tak Percaya Ke??

Hari ni aku pergi breakfast dengan anak dan isteri aku di Medan Selera bersebelahan dengan Masjid Negeri. Lepas kami breakfast, anak anak aku mengajak aku pergi ke Taman DR untuk bermain di padang permainan disana. Selepas asyik bermain, aku mengajak pula mereka pergi memberi ikan makan di kawasan Kolam di dalam Taman DR tersebut. 

Setelah tiba aku agak terkejut jugak la sebab semua roti yang kami campak kan, langsung tak mendapat reaksi dari ikan ikan di situ. Kalau dulu, baling aje roti terus diserbu sekumpulan ikan. Malah kalau kita meludah sekalipun, ikan ikan disana akan terus menyerbunya. 

Yang aku nampak dari atas platform tu cuma ikan KAP yang agak besor btol saiznye. Aku pusing keliling kat situ dan tetiba terjawab persoalan aku mengenai populasi ikan disitu. Aku ternampak PB ditepi tepi kawsan kolam tersebut. Barulah aku tau masa tu, agaknye PB dah bedal sume ikan yang ada. Banyak PB yang aku nampak kat situ. Saiz saiz ikan rebus dalam nasi goreng ikan rebus yang kita beli kat kedai makan. Aku pun terfikir lah....mungkin juga ada PB saiz gadang dalam ni. Elok je aku ngajak anak aku balik, tetiba aku nampak PB gadang bedal ikan talapia. Air yang percik kat situ...mak oi, bukan main kuat.

Tapi.....yang lecehnya, tu tempat awam so x leh nak mancing. Mungkin kalau ada sesiapa yang ada hubungan baik dengan pihak bandaraya ipoh boleh memberikan cadangan agar kawasan tu dijala bagi membuangkan PB dalam tu. Lebih molek pulak kalau pihak bandaraya dapat beri lesen sementara untuk kita casting abis sume PB kat situ. Sekurang kurangnya, generasi akan datang tetap memilih Taman DR sebagai tempat riadah untuk keluarga. Hilang seri kolam tersebut bilamana tiada ikan yang menyambor roti...

Renung renungkan...dan selamat beramal.....

1 comments:

Authorized Writer said...

Jom kita ramai ramai pi casting kat TAMAN DR....

ADA BRANN!!!

Post a Comment

Galeri Tuan Banglo AtiQul

Ruang Iklan

Photobucket