Port Nyembang Baru

Tuesday, November 10, 2009

MISI MEMBALAS DENDAM !!!!!

MISI MEMBALAS DENDAM DI PORT CENDOL
MASA:9am-11am
YG TERBABIT:AKU & TX
TOTAL HASIL:countless
PESANAN PENAJA:MISI DIANGGAP BERJAYA.















































Thursday, November 5, 2009

GAMBO² TERBARU


BLOG YANG KIAN SEPI


MASUK BALIK BLOG NI PERGHHH.PENUH BETUL HABUK !!!

DAH LAMA SANGAT DAH BANGLO DI DITINGGALKAN.SEDIH BETUL.

LEPAS NI AKU NAK PERTEPEKKAN REPORT² ACARA CASTING PBH BALIK.

HAIHHH HARAP ORG LAIN PUN DTG LA MERIAHKAN BALIK BLOG NI.
















yg sedih.

atiqultheangler

Sunday, May 10, 2009

Port Dara TUT...


Photobucket

Photobucket

Saturday, May 9, 2009

Gewang SureCatch Murahan Aku...

Ini le hasil casting aku pagi tadi..... kejap benor pun aku casting arini sbb ada kenduri tgh ari. layan aje la gambor ni.... aku tgh dlm mood maleh nak naip..

Photobucket
Gambo apek ni bangga abih bila rod halus dia kene ikan ara hampir 7kg

Photobucket
Dah lama aku x cast, arini cast dpt saiz sedap main.....

Photobucket
Gewang Sure Catch

Photobucket
Bapak aku tompang bergambo ngan PB

Monday, April 27, 2009

WANDER KILLER

WANDER 45 YANG BARU SAMPAI DR JEPANG TRUS DIBAWAK FIELD TEST.TERNYATE CUKUP AMPUH NK MENGGODE IKAN KECIK TEMASUKLA IKAN PATUNG!!
Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

NI PLAK YO-ZURI snapshad 40
Photobucket
Photobucket

TALAPIA MERAH YANG RAKUS

Lu org pk la sendiri..ikan manje ni bertukar menjadik ganas bile aku kaco sarang die hahahaha.
Memole pakai wander,byk kali die gigit x lekat-lekat.Aku tukar pakai ALTIMA 5g skali ngap trus lekat.
Layan woo...kuat gak melawan menatang ni.
Photobucket
MERONTE GANAS.LAYANNN
Photobucket
LEMBIK DAH..
Photobucket
WARGHHH BEST!!!

Monday, April 13, 2009

Official T-Shirt PBH

Berikut adalah design baju t-shirt rasmi utk team PB berkepalakan tok batin.....  Perhatikan lah puas puas dan jangan tunggu lama untuk buat tempahan. Sapa lambat terlepas. Cuma 30 helai sahaja yang dijual.....Hehehe

Photobucket
Contoh Depan

Photobucket
Contoh Belakang

Aku dah usahakan apa yang patut so, aku harap korang akan support la penjualan t-shirt ni yang mana aku atau sesapa pun dalam team ni xde amik apa apa keuntungan kecuai tokey t-shirt tu je.


Tuesday, April 7, 2009

PBH : Edisi hampir kumpau...

Hujung minggu yg lepas aku balik ke Tapah kerana menghantar mertuaku yg baru tiba di KLIA dari mengerjakan umrah. Jadi satu trip telah dirancang bersama beberapa kerat ahli PBH untuk mencari spisis pendatang ini pada hari Ahad di kawasan2 sekitar Sg Lesong.

Trip : Pemburuan PB.
Tarikh : 5 April 2009.
Masa : Pagi sampai petang.
Lokasi : Sekitar Sg Lesong - Temoh.
Ahli : Aku, wanpb, atiqul & shahril.

Tgh sedap2 tido tiba2 aku terjaga dengan kelam kabutnya setelah terdengar sayup2 yg amat sangat bunyi henpon aku. Dalam gelap aku meraba mencari henpon yg aku sendiri tak tau dimana letaknya. Takdak lampu lak henpon aku nih. Rupa2nya henpon aku ada bawah bantal. Hehehehe... Wanpb yg call... Dia dah ada depan umah mertua aku. Dia letak je tepon aku tgk kat skrin henpon ada dua misscall dari wan dan satu sms dari atiq mengatakan yg dia dan shahril dah sampai kat tempat yg dijanjikan. Huhuhuhu... Wan plak aku tak tau kul baper dia sampai depan umah aku sebab dah ada dua misscall. Terus aku keluar rumah suruh wan tunggu aku bersiap. Hehehehe... Maap ler kengkawan. Aku pun tak tau macam mana henpon aku buleh ada bawah bantal. Dulu masa henpon aku tu kecik lagi, takde la buas sangat. Sekarang nih dah suke merayap plak henpon aku tu bila dia dah semakin dewase. Jangan salahkan aku yer... Kui kui kui...

Aku terus masuk rumah dan ke bilik mandi untuk bersiap ala kadar. Sepantas kilat!!! Hehehehe... Lepas semuanya dah siap, terus aku dan wan bergerak dari Tapah Road menuju ke Sg Lesung. Sampai jer kat tempat yg dijanjikan dah nampak atiq dengan shahril sedang menunggu dalam kereta. Hehehehe... Kami pun terus ke gerai berhampiran untuk mengisi perut dulu... Nasik lemak telor goreng!!! Mantap!!! Lepas selesai, kami bercadang untuk menduga lubuk pertama yg terletak di pendalaman kawasan kampung cina... Kami terus bergegas ke sana tapi malangnya lombong tersebut berpagar... Lor... Rasanya macam takda pagar masa aku lalu dulu. Dah jadi ada pagar pulak. Bila beranaknya? Takde pulak buat kenduri... Isk isk isk... Terpaksa cancel. So, kami pun terus la ke Sg Lesong...

Setibanya di sana, kami terus menyiapkan peralatan kami. Untuk menduga spisis PB kali ini, kami hanya menggunakan umpan anak2 ikan kecil yg mana induk kepada anak2 ikan ini telah membuat hubungan sulit bersama barang2 plastik, kayu dan juga besi sehingga melahirkan anak2 ikan yg berbadan plastik, kayu dan juga besi yg dipanggil oleh kita sebagai spisis gewang. Isk isk isk... Apa nak jadi lah dengan dunia sekarang... Sosial!!! Tak bermoral!!! Apa boleh buat. Itu jer umpan yg kami ada... Hehehehe...

Dipendekkan cerita, setelah berjam2 casting, tiada seekorpun PB yg dapat kami tewaskan. Bukan sebab lucut atau sebagainya. Tapi disebabkan takda lansung PB yg kelihatan. Mana perginya PB2 di sini pun aku tak tau. Sebelum ini, port ini merupakan port kegemaran aku kerana mempunyai bilangan PB yg terlalu banyak walaupun saiz yg besar tidaklah banyak. Tapi setelah lama tak berkunjung ke sini, port ini seakan2 semakin suram dan kurang menarik lagi. Port yg dulunya dipenuhi teratai sebagai tempat perlindungan dan tempat mencari makan ikan kini telah hampir gondol disebabkan oleh tangan manusia.

Aku, atiq dan shahril membuat keputusan untuk meredah ke lombong sebelah yg laluannya agak mencabar kerana terpaksa meredah semak, anak sungai dan pokok2 berduri. Kena trekking jugak la sikit2... Bercalar2 la jugak kaki kami yg ketiga2nya hanya berseluar steng... Trekkingnya dah macam nak cari kelah tapi setelah puas casting di lombong berkenaan, bukan kelah, tapi lelah yg kami dapat. Dah satu hal nak kena trekking balik tanpa hasil. Tapi, kalau tak dicuba, mana nak tau hasilnya. Dah trekking ni baru la tau... Hasilnya zero... Kui kui kui... Wan plak membuat keputusan untuk tak mengikut kami dan hanya casting di lombong luar sahaja. Bertuah la badan dia... Hehehehehe...

Sesampai di lombong luar, wan kelihatan masih tekun casting tetapi jaraknya agak jauh dari kami. Nak jerit dah tak daya dah... Lantak kome ler... Aku, atiq dan shahril terus ke sungai bersebelahan untuk mencuci kaki... Mak aih pedihnya bila kena air. Calar balar trekking ler nih... Sambil2 menunggu wan datang, atiq dan shahril cuba mengasting di sungai tersebut. Mana tahu ada sebarau2 di situ yg sudi melayan tetamu jauh. Tapi nyata dua orang nih hanya buat kerja bodoh. Kui kui kui... Sebarau takmo layan. Sambil rehat2 dibawah pokok tepi sungai, kami membuat keputusan untuk bertukar ke kawasan lain pulak. Tunggu wan datang jer nih. Nak call takde line pulak. Beberapa ketika, wan muncul dengan seekor PB. "Sekor nih jer bodoh. Yg lain cerdik2. Dah panjang sebelah dah tangan aku nih" kata wan... Hahahaha... Adedeh... Kumpau berjemaah nampak gaya nih...

Wan bersama2 PB sulung pada sesi pagi...


"Wan... Tukar port pulak la..." ajak atiq... Kami terus bersetuju untuk ke Temoh dimana port tersebut merupakan port biasa bagi wanpb. Mana tau rezeki kami kat sana... Kali ni kami terus bergegas ke Temoh. Port kali ni agak di pendalaman. Masuk taman, masuk kampung, lalu kebun, lalu ladang sawit, lombong, parit, sungai dan memacam lagi. Tah mana la dorang leh dapat jumpa port2 ceruk macam nih. Mesti dulu port dorang wat projek pastu terjumpa lombong... Warghkahkahkah!!!

Di port ini kami berjumpa dengan beberapa kaki casting dan fly yg lain. Member2 wan dan atiq gak nih... Tapi nampaknya kat sini pun tak berapa nak galak penghuninya. Aku sekali lagi kumpau di lombong berkenaan. Macam2 gewang cuba. Satu putus sebab sangkut. Nasib baik SP. Takde la mahal sangat. Hehehehe... Wan yg biasa di lombong ni pun turut mengalami sesi kumpau. Atiq pula berjaya menaikkan dua ekor PB di sini yg bersaiz kecil. Cuma PB di sini warnanya agak hitam dan gelap. Baka negro gamaknya... Hehehehe... Shahril pula hanya berjaya melayan anak2 talapia belang... Yg lain2 cuma mendapat strike2 yg rabut.

Atiq dengan PB baka negronya...


Setelah panjang tangan casting disini, kami pun bercadang untuk bertukar port sekali lagi dan juga merupakan port yg terakhir sebelum pulang. Port nih kira main singgah masa jalan keluar jer la... Harap2 kali terakhir nih ada la penghuni lombong yg sudi menghilangkan kumpau aku. Sangap dah nih nak merasa tarik ikan... Huhuhuhu... Port terakhir ni agak lapang lombongnya. Mujur la masa kami ke sana hujan renyai2 dan cuaca agak mendung. Tak la panas sangat. Beberapa cast dilakukan dan ada kelibat PB yg mengejar tapi tak merembat gewang. Erm... Takpa... Ada harapan... Beberapa kali juga ternampak kelibat PB frenzy di beberapa kawasan. Semangat yg tadi agak luntur kembali berkobar2.

Di satu sudut lombong, aku terlihat seekor PB sedang mundar mandir di satu tunggul yg terdapat di dalam air... Takkan atas air plak PB nak berenang ye dak... Hehehehe... Balingan pertama agak tersasar dan gewang berenang agak jauh dari PB tersebut. PB tadi cuma mengekor untuk beberapa kaki sahaja tetapi berpatah balik. Lontaran kedua juga masih tersasar. Hehehehe... Perkara sama juga berlaku. Pada lontaran ketiga, gewang lalu betul2 di atas PB dan PB tersebut terus menerkam gewang yg aku balingkan tapi sayangnya rabut. Cast yg berikutnya juga disambar PB tapi sekali lagi rabut... Tak reti serik jugak PB nih yer... Aku memberi tahu wan yg dua kali aku rabut PB yg sama. Wan melontar gewangnya dan pada balingan pertama sahaja PB tersebut terus manyambar gewang yg wan hulurkan. Cis... Potong betul la. Abis harapan aku... Wan plak yg dapat... Lepas jer amik gambo, kelihatan muncul lagi seekor PB di tunggul yg sama. Lor... Sepasang rupanya. Tadi tak nampak pun. Aku pun terus membuat lontaran. Disambar tetapi rabut sebanyak dua kali. Aiyark... Sakit la ini macam!!! Dan lontaran ketiga akhirnya membuahkan hasil. Fuhhhhh!!! Hilang badi kumpau!!! Yay!!!

Wanpb dengan mangsa pertama di tunggul kayu.


Aku dengan lesen hari ini di tunggul yg sama.


Lepas tertewasnya PB kedua di tunggul tersebut, aku terus menanti mana tau ada lagi PB yg akan muncul. Tapi hampa. Hanya sepasang sahaja PB di situ... Aku pun bertukar port ke kawasan atiq dan Shahril casting. Wan yg beredar terlebih dahulu dari aku kelihatan sedang bertarung dengan PB yg akhirnya lucut. Shahril dan atiq juga berada di sana. Dari jauh kelihatan wan sekali lagi mendapat sambaran dan akhirnya lucut lagi. Di sudut ini, PB2nya agak kuat melawan dan terlalu kerap melakukan akrobatik... Bila aku sampai ke sana, Atiq pula mendapat sambaran dan PB melakukan lompatan akrobatik berkali2. Namun kalau dah rezeki, naik jugak ikan tu ke darat...


Atiq dengan PB di lombong terakhir...


Jarak dekat PB dengan gewang.


Di sudut terakhir ini PB agak galak menyambar anak2 ikan. Tapi beberapa kali juga gewang kami terlucut akibat larian dan lompatan akrobatik dari PB2 di sini. Aku juga beberapa kali mendapat strike yg rabut dan lucut. Tetapi dalam masa2 galak ini, masa tidak mengizinkan kami untuk terus berada lama di situ. Masa untuk pulang akhirnya tiba...Kami pun berkemas untuk pulang... Takpa... Lain kali buleh repeat. Tu pun kalau wan balik kampung la masa tuh. Nak harap gi sorang diri, mau sesat aku dibuatnya. Hahahahaha... Gila ceruk punya port manceng.

Shahril yg casting agak jauh dari kami...


Setelah kami tiba di kereta, hanya Shahril yg masih casting di saat2 terakhir... Kami hanya bersembang dan minum2 sambil menanti Shahril datang. Dan Shahril datang seketika kemudian membawa PB terakhir untuk sesi hari ini... Jadi lah... Walaupun mula2 tadi agak kumpau, tapi kalau dah rezeki tu ada, InsyaAllah akan ada juga hasilnya.

Shahril dengan PB terakhir hari ini...


Jarak dekat PB dengan gewang...


Gambar ahli trip kali ini...


Hasil keseluruhan PB yg tewas...


Harini memang agak penat kerana cuaca agak panas pada waktu tgh hari. Dah la ikan tak makan pulak tuh. Memang busan tahap tenggiling lah orang kata... Tapi, apapun trip kali ni agak menyeronokkan kerana dapat jugak aku mengjoin otai2 PB nih casting... Walaupun hasil tak berapa banyak, aku tetap bersyukur kerana ada jugak hasil untuk dijadikan lauk. Yg penting, dapat manceng dengan kawan2 dan tiada perkara buruk yg berlaku melainkan perangai2 buruk para peserta. Keh keh keh... Sekian sahaja report kali ni. Terima kasih pada yg sudi membaca atau melihat2 gambar... Jumpa lagi di report yg lain... Ekekekeke...

Sunday, April 5, 2009

Abu.......Oh, Abu......

Aku sepatut nye join tok batin dan kengkawan pi port sungai tut casting arini. Tapi disebabkan masalah transport, aku terpaksa mengenselkan niat join tu. Jadi aku beralih arah ke port tanjung tut ngan bapak aku. Aku kuar mmg lewat giler. Dalam kul 11 pagi baru sampai. Elok je sampai, MAK OI.....penuh nye pemancing kat situ. Dah macam pertandingan je. Siap bawa family plus tikar plus lunch plus pencuci mulut pun ada. Masing masing dah ada hasil tangkapan. Aku pun dengan selambanye melawat semua yang ada kat situ sambil menjengok ikan ikan deme.

Dalam jaring deme cuma ada PB je. Saiz agak gadang jugak. Dari pengamatan mata aku, mau gak 800gram ke sekilo setengah. Aku pun dengan x sabornye, terus je mengasting. Sampai lenguh tangan masih x bersambut gewang gewang yang aku celopkan. Agak frust giler sebab nyambil casting aku terpaksa berenti utk tgk iklan org lain narik PB.... Rod deme bengkok abis tu.....aku nengok dari jauh. Sampai la saat dimana aku dah mula rasa bosan nengok deme dan masa tu sume gewang yg aku ada aku dah gunakan. Cuma tinggey satu yang aku x brape suka. Saiz yg beso ditambah berat yang cecah 20gram plus rupa bentuk yang agak pelik. Namanye ABU TOBY....hihihi. Aku mmg maleh nak gunakan TOBY ni, tapi disebabkan dah sume gewang aku coba maka aku nekad gak le nak coba gak si TOBY ni....

Macam tak percaya je bila cast kali ketiga aku disambut pulak sekor PB. Saiz not bad gak la. Melawan nye syok layan sbb saiz badan dia ok. Ada gak 5 minit kot aku naik kan PB tu guna TOBY.... Ringkasan cerita aku ni adalah, jangan la pandang rendah pada lure yang ropenye buruk lagi hodoh sebab PB nyata x kisah apa lure yang disajikan depan mata. Walaupun PB yang aku dapat mungkin hanya kebetulan.. Hehehehehehe

Photobucket
ABU TOBY santapan PB... Pelik btol. 20Gram tu berat TOBY tu..Kikiki

Photobucket
Hasil tangkapan pemancing lain.....Deme ngelat guna anak seluang buat umpan

Photobucket
Hasil tangkapan salah seorang yang memancing kat situ...

Photobucket
Hasil dari paksu aku pulak.... Yang ni guna Spoon Bakau RM2.50. 

Thursday, April 2, 2009

Laporan PB Selangor

* Tumpang tepek laporan PB Selangor... 

Lesen oh lesen...

Kunjungan ipen_squid dari Sabah ke Selangor atas urusan kursus menyebabkan dia berjaya mencuri masa2 terawal ketibaannya untuk berjumpa dengan rakan2 di sini termasuklah aku. Setibanya dia di tanah semenanjung dan setelah selesai check in di hotel, dia terus bergegas ke Bangi dengan menaiki tren. Aku bercadang untuk membawanya ke kedai pancing di Sri Kembangan. Jumpa jer dia kat stesen komuter UKM lebih kurang jam 5 ptg, dia kata takda apa yg dia nak shopping kalau ke kedai pancing. "Erm... Nak gi mengumpau tak?" tanyaku... "Boleh jugak" balasnya...

Jadi, aku pun terus mencadangkan agar kami terus ke Sepang untuk mencuba beberapa spot haruan yg aku baru jer jenguk2 baru2 nih. Kira komplot tak terancang lah ni... Dalam perjalanan aku merubah fikiran kerana beranggapan dekat Sabah pun dia dah biasa cari haruan. "Ipen... Nak try layan PB tak? Kalau nak meruan, kat Sabah pun ko boleh dapat. Kalau agak2 nak kumpau nanti baru la kita pi try meruan plak" aku memberikan pendapat. "Aku ikut jer mana2 pun" kata ipen... Terus aku singgah ke satu lombong yg dihuni oleh PB. Aku sendiri pun tak pernah dapat PB kat sini setelah dua kali aku kunjungi... Takpa lah... Ada rezeki dapat lah... Takda rezeki tak merasa la ipen layan PB. Dia pun dah banyak kali sangat cakap nak merasa layan PB... So, dari nak ke kedai pancing, berubah plak plan nak layan haruan dan akhirnya sekali lagi plan berubah untuk layan PB plak...

Sesi : Memburu PB.
Lokasi : Sepang, Selangor.
Tarikh : 1 April 2009 (Ini bukan April fool... Ini betul2...).
Masa : 6.00 pm - 7.30 pm.
Ahli: Aku dan ipen_squid.

Setibanya di lokasi, kami terus menyiapkan peralatan yg sememangnya dah ada dalam kereta aku. Rod, reel, gewang dan aksesorinya semua ada. Nasib baik bawak... Kalau tertinggal, kira pi mandi lombong jer la kami berdua... Hehehehe... Kawasan lombong tersebut berada di kawasan pembinaan yg sedang berjalan. Berjalan di sini, bukanlah bermaksud kawasan pembinaan tersebut berjalan2 atau pun merayap2 tak tentu hala tetapi projek pembangunan tersebut sedang dijalankan... Huhuhuhu...

Semasa kami sedang merayap2 mencari spot yg sesuai untuk sesi casting, kami terserempak pula dengan bro sentinel yg juga datang ke situ untuk casting. Hehehehe... Tambah lagi sorang ahlul... Lebih ramai lebih meriah... Tak gitu? Hehehehe... Selepas sesi bersembang sedikit sebanyak, acara casting pun dimulakan... Ipen menggunakan gewang abu tormentor 5 cm kepunyaanku yg aku sendiri pun tak pernah dapat ikan dengan menggunakannya. Dan aku pulak telah mencuba pelbagai jenis gewang yg aku rasa dah lama aku tak pakai... Kira sesi memandikan gewang jer la aku nih...

Setelah berpuluh2 balingan dilakukan, masih tidak ada satu sambaran pun yg kami terima. PB di sini memang agak culas sedikit kalau menggunakan gewang. Mungkin kerana kediamannya yg terlalu hampir dengan kawasan pembangunan menjadikannya agak berhati2 dengan kehadiran manusia. Tapi kalau guna umpan ori, laju la pulok. Geng2 bottom dah ramai bawak naik PB... Kami nih hanya memanjangkan tangan jer lah...




Lokasi casting kami...

Setelah beberapa ketika memanjangkan tangan, akhirnya gewang ipen diekori sesuatu tetapi tidak pula menghentam gewang yg dihulurkan. Ipen meneruskan balingan2 gewang beberapa kali lagi dan akhirnya satu sambaran diterima. Dan akhirnya tertumpaslah seekor spisis buruan yg menjadi idaman ipen setelah sekian lama diracun oleh kawan2 dari semenanjung. Saiz yg diperolehi tidaklah besar tetapi cukuplah untuk dijadikan lesen kepada tetamu yg datang dari jauh ini... Tak sia2 aku bawak dia gi casting. Kalau gi kedai pancing tadi, kompom tak dapat lesen ler si ipen nih... Hahahaha...


Ipen dengan lesen PBnya...


Gambar dekat PB dengan Abu Tormentor 5 cm...

Ikan yg ditumpaskan tadi dengan segeranya diCnRkan dengan selamat... Cuma ada sedikit pendarahan di insang kerana mata tiga gewang tertancap kukuh di insangnya. Adedeh... Aku pun tak pernah dapat ikan dengan gewang tu, ipen plak yg tolong rasmikan. Hahahaha... Nasib ler... Dah rezeki dia... Senyum lebar si ipen... Aku pun meneruskan sesi casting dan setelah beberapa kali cast, akhirnya aku pulak yg mendapat sambaran di tempat berhampiran... Seekor lagi spisis buruan tertewas. Saiz dan corak warnanya hampir sama seperti spisis yg pertama tadi. Mungkin PB kali ni adalah PB yg sama dengan yg ipen dapat tadi kerana terdapat kesan luka di insang PB tersebut. Tetapi mungkin jugak PB yg berlainan dan kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh satu penyakit kronik yg telah lama beliau tanggung iaitu satu penyakit ikan yg dikenali sebagai penyakit insang berdarah atau mungkin juga penyakit tak serik hentam gewang. Hehehehehe... Entahlah...


PB yg aku dapat...


Gambar dekat PB dengan spoon bakau...

Akhirnya aku pun mendapat lesen PB di Selangor. Selama nih asik layan PB Perak jer... Huhuhuhu... Jadilah... So, aku dan ipen dua2 dah dapat lesen. Kecik pun kecik lah... Janji ada... Sesi diteruskan semula... Tapi keadaan hanya sunyi tanpa sebarang sambaran. Bermacam2 gewang aku cuba tetapi tetap sama... Cuma ada beberapa kali stike yg tak lekat dan juga lucut semasa pertarungan. Apa boleh buat. Takda rezeki lebih... Sentinel juga telah menerima beberapa sambaran yg juga tak lekat dan lucut.


Ipen yg bersungguh2 casting...

Hari sudah semakin gelap. Tetapi ketika ini kelihatan beberapa riak air menandakan ikan sedang memburu mangsa. Dah nak gelap baru nak galak... Kacau betul lah... So, teruskan la sikit lagi sampai maghrib. Hampir gelap, sentinel sekali lagi mendapat sambaran. Saiz PB kali ini lebih besar sedikit dari yg kami dapat. Tetapi sayangnya kerana akhirnya ikan tersebut berjaya melepaskan diri berhampiran tebing setelah beberapa kali melakukan aksi akrobatik, aerobik, senamrobik, gymrama serta renang berirama atau mungkin apa2 sahaja nama aksinya yg tidak pula aku ketahui kerana aku belum pernah menjadi seekor ikan untuk mengetahui jenis2 aktiviti yg sering mereka lakukan... Huhuhuhu... Takda rezeki la...


Sentinel yg tekun mengasting...

Bila azan maghrib berkumandang, kami pun menghabiskan sesi casting untuk hari ini. Dan selepas berkemas, kami pun melalui kawasan kaki2 bottom yg masih lagi memancing. Kelihatan beberapa ekor PB memenuhi baldi saiz kecil yg mereka bawa... Erm... Boleh tahan jugak hasil membottom... Takpa lah... Aku cuma nak casting jer PB nih... Cuma mengikut kata mereka, di lombong ini juga banyak toman yg menghuninya. Namun sepanjang sesi casting tadi (dan juga yg sebelum2nya), yang kelihatan hanyalah riak2 toman yg tidak kelihatan... Atau dalam bahasa mudahnya, takda la tu... Hehehehe...

Walaupun sesi casting PB kali ni tidak mendatangkan banyak hasil, aku tetap berpuas hati kerana dapat juga membawa ipen yg datang dari negeri yg tidak mempunyai sekolah mengambil lesen PB untuk mendapatkan lesennya di sini. Dan aku pun dapat jugak lesen PB Selangor. Selain itu, dapat juga ipen bersua muka dengan rakan2 forum dari semenanjung. Jadi, hasil keseluruhannya hanyalah dua ekor PB yg diCnRkan dengan selamat dan berekor2 PB yg berjaya diCnRkan semasa masih berada di dalam air atau dengan nama lainnya lucut atas sebab2 yg tak dapat dijelaskan kerana malas dan jika dijelaskan sekalipun akan dikatakan sebagai alasan tidak menaikkan PB. Hahahaha... Apa2 jer lah...

Di sebelah malamnya pula iaitu selepas maghrib, aku membawa ipen untuk berjumpa dengan rakan2 forum yg lain iaitu terubuk dan ike khonge untuk sesi makan malam di salah sebuah restoran di Kajang. Walaupun perjumpaan kali ini agak singkat, kami tetap bergembira kerana dapat bersua muka dengan rakan2 yg tinggal berjauhan. Asik bersembang dalam forum ja. Ini la masa bersua muka... Hahahaha...


Gambar kenangan yg diambil semasa sesi makan malam.

Sekian sahaja report kali ini... Terima kasih kepada yg sudi membaca dan hanya menengok gambar sahaja... Tak kisah lah... Yg penting happy... Tamat...

Galeri Tuan Banglo AtiQul

Ruang Iklan

Photobucket