Port Nyembang Baru

Wednesday, August 24, 2011

Rezeki Ramadhan

Ahad aritu,21hb ogos 2011 aku(Atiq) dan kering(Wan Shafeez) pegi ke pengkalan untuk sesi bersenam di pagi hari.Memang misi aritu nak cari PB saiz hidangan atas permintaan budak² bengkel.Nak dijadikan cerite,banyak jugak la PB yg naik aritu tapi saiz kecik²,xlayak nak dibawak balik.

Antare gewang yang agak mencakup aritu adalah SSR05,Flutterstick07,tormentor(kurus)7cm,SP dan minnow² bersaiz kecil.
Mungkin disebabkan oleh faktor air lombong yang agak surut,jumlah PB juga turut SURUT dengan mendadak.Jumlah yang berjaya dinaikkan adalah agak kurang berbanding ketika air di paras yang tinggi.

Tapi,kredit atas kerajinan kami akhirnya 2 ekor PB bersaiz hidangan menjadi mangsa penipuan gewang dan SP kekekeke.Kedue²nye dengan rele hati membaham SR08 dan SP(cacin).Rasenye deme memang nak bunuh diri tu sbb ade hutang dgn Ahlong.Malam tu dapat jugak la budak bengkel merase makan PB.macam siakap rasenye kate deme hehehe.gambor dah dimasak x amik(lupe)keskeskes.























Monday, August 15, 2011

Topwater² Killer



Antare himpunan gewang² permukaan terbaik untuk memburu
ikan pemangsa air tawar di Malaysia.

Gambar yang pertame adalh gewang² yg bersaiz sederhana dan kecil.
Sangat sesuai digunakan untuk memburu PB,sebarau,bulan dan ikan² pemangsa kecil.
Manakala gambar ke-2 pula adalah sesuai digunakan untuk memburu toman,sebarau besar@badong.ini adalah berdasarkan saiz gewang tersebut yang berukuran 10cm(plg kecil di dlm gambar ke-2) sehinggalah ke 18cm.

Friday, August 12, 2011

Al-Kisah Ceritera Soft Plastik utk menjerat PB







Ceritera Soft Plastik dan Mega Peacock Bass

Clearwater Sanctuary Golf Club (CWS) begitu sinonim dengan peminat-peminat golf di negeri Perak, terletak di Batu Gajah dan mengambil masa lebih kurang 25 minit perjalanan dari tol Simpang Pulai. Apa yang menariknya di sekitar padang golf ini terdapat lombong-lombong bekas tapak perlombongan bijih timah yang terbentang luas dan dihuni oleh pelbagai jenis spesis ikan air tawar, samada yang telah ada secara semulajadi dan dilepaskan sendiri oleh pihak pengurusan. Dalam erti kata lain pihak pengurusan CWS membenarkan aktiviti memancing di dalam kawasan CWS ini, cuma zon memancingnya telah ditetapkan dan dipantau oleh pihak pengurusan supaya tidak berlakunya kejadian buruk, seperti terkena bola golf ketika anda sedang memancing. Dengan mengenakan sedikit bayaran, anda bebas melakukan aktiviti pancingan samada bottom, fly ataupun casting seharian, pendek kata pancing sampai lebam. Pernah juga diadakan beberapa pertandingan memancing di sini, membuktikan betapa seriusnya pihak CWS menyokong aktiviti sport fishing yang kian popular di negara kita. Sekiranya anda datang bersama keluarga, CWS adalah lokasi yang terbaik kerana terdapat kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan serta menjanjikan panorama pemandangan yang indah di sekitar CWS.

Kunjungan ke CWS

Walaupun artikel mengenai CWS telah tersiar dalam keluaran sebelum ini atau majalah lain, di sini kami ingin berkongsi pengalaman bersama para pembaca ketika memancing di CWS. Walaupun CWS ini sinonim dengan warga Peacock Bass Hunter (PBH), tetapi banyak pengalaman baru yang kami pelajari apabila berkunjung di sini samada dari segi teknik serta mengenal sifat ikan di kawasan tersebut. Istimewanya pada kunjungan kali ini, ianya berlaku ketika hari raya yang lalu dan sudah semestinya buruan kami adalah spesis Cichla Monoculusdari segi saintifiknya atau Peacock Bass (PB) dan lebih senang lagi ikan raja gelaran orang tempatan, cuma aktiviti kami bermula agak lewat sekitar jam 11.30 pagi dan secara tidak langsung kami terlepas waktu PB frenzy ketika waktu pagi kerana kunjungan pada kali ini sememangnya tidak dirancang dan hanya kami bertiga saja yang dapat turun pada hari tersebut, kerana yang lain sibuk dengan hari raya. Ketika sampai di CWS sememangya agak meriah, kerana ramai orang pada ketika itu disebabkan hari cuti dan masing-masing mengambil kesempatan memenuhi aktiviti riadah yang ada disediakan di situ, terutamanya golf. Ternyata di sekitar kawasan Wetland terdapat aktiviti golf pada hari tersebut dan seperti yang diketahuiWetland terkenal dengan syurga Peacock Bass nya, dan oleh kerana terdapat aktiviti golf di situ ianya ditutup untuk aktiviti memancing. Kecewa dengan keadaan tersebut kami menukarplan lain untuk menduga spot yang lain. Terdapat beberapa spot yang boleh diduga di CWS, kerana di CWS sememangnya mempunyai beberapa lombong yang terbentang luas, cuma dinasihatkan anda supaya bertanya dahulu kepada pihak pengurusan CWS, lombong-lombong mana yang dibenarkan memancing. Spot-spot yang kami duga pada hari tersebut adalah disekitar driving range, belakang chalet dan sudah semestinya Fishing Club.

Driving Range

Setelah kereta di park kawasan Fishing Club dan segala kelengkapan dikeluarkan kami bergerak ke kawasan Driving Range sebagai permulaan aktiviti pada hari itu. Keadaan hari itu agak panas, alah bisa tegar biasa dek kerana minat kami teruskan jua aktiviti casting pada hari ini serta dinasihat supaya anda membawa kelengkapan yang cukup termasuk untuk keselesaan diri menghadapi cuaca panas. Aktiviti dimulakan di kawasan driving range ternyata di kawasan ini agak redup. Sekiranya dilihat dari mata kasar, kawasan ini sememangnya terdapat lumut-lumut halus yang menjadi kawasan strategik untuk PB melakukan serang hendap. Set-set lightdan juga medium di dalam kereta tidak sabar untuk beraksi. Tenyata gewang-gewang micro minnow buatan Jepun menjadi taruhan pertama kami memulakan aktiviti casting, gewang-gewang tersebut adalah dari jenama Zenith, Lucky Craft, Smith, Baby Cima. Beberapalontaran gewang dilakukan betul-betul di kawasan tepi lumut tadi, gewang Zenith Hyper M 55 berwarna clear ditwitch” perlahan-lahan dan diberhentikan seketika berjaya menipu beberapa ekor PB yang menyorok di bawah lumut tersebut. Gabungan set Daiwa Steez 103dan Daiwa Ardito 8-16 disentap PB tersebut, walaupun ianya bukan bersaiz kasar dalam anggaran 300–500 gram, perlawannanya cukup mengasyikkan. Ternyata PB pertama tadi menaikkan semangat kami untuk terus casting di situ. Dari sudut lain juga rakan-rakan berjaya mendaratkan PB menggunakan gewang Smith Panish dan Baby Cima juga bersaiz micro. Setelah beberapa ekor PB berjaya didaratkan di kawasan driving range tersebut , ianya seolah-olah terus hilang dari kawasan tersebut, ternyata ianya sudah culas dan lebih berhati-hati terhadap gewang yang kami lontarkan. Walaupun kebanyakkanya tidak bersaiz kasar tapi dengan menggunakan set light dan juga medium ianya memang menyeronokkan. Nampaknya kami terpaksa bertukar port, kami berjalan kaki ke port yang seterusnya iaitu dikawasanchalet ianya cuma terletak beberapa meter saja dari driving range tersebut.

Chalet

Kami memulakan casting dengan menggunakan gewang-gewang top water untuk menguji keaktifan PB di sini samada ramah ataupun culas. Keadaan di sini kurang berangin dan keadaan air agak tenang kerana dilindungi chalet dan juga pokok-pokok besar. Beberapa kali lontaran dilakukan pada bahagian hadapan, dari teknik perlahan dan juga laju gewang-gewang top water tadi dipersembahkan bertujuan menggoda PB tersebut, nyata tiada sambutan. Kami beralih kesebelah kiri dan kanan kerana terdapat sedikit reba kayu dan juga teratai, tetapi hasilnya tetap hampa. Strategi bertukar gewang-gewang minnow dari selaman dalam dan sederhana mengambil tempat. Warna-warna natural digunakan kerana difikirkan keadaan PB yang agak culas. Nampaknya keadaan tetap sama ini membuatkan kami bertukar kepada warna yang lebih cerah, setelah beberapa kali lontaran dilakukan beberapa sambaran dan juga kelibat PB mengejar gewang boleh dirasai dan dilihat, semangat yang kian luntur tadi kini berkobar-kobar. Dari satu sudut sebelah kiri terdapat reba-reba kayu, setelah beberapa kali lontaran dilakukan ternyata ianya didiami oleh sepasang PB yang bersaiz agak kasar, dianggarkan ianya dalam skala 1.3kg, tumpuan kami beralih ke sudut tersebut. Setelah beberapa kali cuba dipujuk ianya hanya berminat mengejar gewang selepas itu pasangan PB tersebut hilang entah kemana. Begitu juga dengan keadaan seterusnya dengan PB yang lain beberapa kali hook up berlaku tetapi nyata ianya tidak kemas walaupun ada diantara gewang tersebut menggunakan mata single hook, seolah-olah PB di kawasan ini lebih berhati-hati dan agar sukar untuk dijinakkan. Bosan dengan keadaan yang berlaku kami bergerak ke port yang seterusnya iaitu di Fishing Club.

Fishing Club

Kami memulakan aktiviti casting di sebelah kiri kawasan Fishing Club, kerana di kawasan tersebut agak strategik kerana terdapat struktur-sruktur yang merangkumi kawasan bereba, rumput-rumpai, teratai dan juga drop off. Nampaknya di kawasan pelantar Fishing Club telah dipenuhi dengan set-set bottom. Apabila ditanyakan hasilnya masih lagi kumpau. Setelah beberapa kali kami mencuba menggunakan pelbagai jenis gewang samada top water, selaman cetek atau dalam hasilnya tetap sama. Tiada kelibat ikan yang sudi mengejar gewang kami, Ini membuatkan kami bergerak kesebelah kanan Fishing Club. Sambil berjalan kami memerhatikan sekitar kawasan yang berpotensi untuk diduga. Di satu kawasan yang mempunyai pokok yang rending terdapatnya stuktur reba-reba kayu di dalam air, boleh dikatakan ianya amat berpotensi dan juga berisiko tinggi dan ianya juga agak dalam. Gewang-gewang top watertidak dapat diturunkan kerana keadaan air yang bergelora jadi gewang selaman dalam bersaiz mikro dari digunakan dan tiada respon. Salah seorang dari kami mencuba pula gewang Rapala Shad Rap 8 Deep, gewang itu dilalukan betul-betul berhampiran dengan kawasan reba kayu tersebut dan taktik ini berjaya, kelibat beberapa ekor PB mengejar gewang kelihatan. Cuma PB tersebut agak culas dan berpatah balik ke kawasan reba kayu semula. Ternyata PB mendiami di parameter yang dalam, buntu dengan keadaan tersebut kami mencari helah untuk memujuk PB tersebut. Jadi kami menggunakan soft plastic (SP) yang sudah lama terperuk di dalam begcasting kami. Pelbagai jenis sp kami gunakan dari bentuk grub, worm dan juga minnow dari jenama Berkley, Zoom, River2Sea, Bakau dan Gary Yamamoto. Dari segi teknik pula adalsahno sinker rig, jig head rig dan down shot rig, kali ini sp tersebut di baling betul-betul ke arah reba kayu samada dihenjut perlahan atau dibiarkan tenggelam ke dasar. Tidak menunggu lama dan nampaknya taktik ini benar-benar membuahkan hasil dengan menggunakan set-set lightseperti Daiwa Alphas 103 dan Daiwa Rexstyle 6-14lb serta Daiwa Pixy dan Abu Garcia Yabai 4-12lb dikawasan berisiko tinggi benar-benar menduga kemahiran dan mencabar. Dari keadaan yang agak suram tadi bertukar kepada kemeriahan melayan tarikan PB dan beberapa orang yang lalu-lalang di situ berhenti melihat gelagat kami dan seakan ada yang tidak percaya dengan SP yang kami gunakan berjaya memperdayakan PB tersebut.

Mega Peacock Bass

Dari sudut lain terdapat sebuah pelantar kecil dan salah seorang dari kami mencuba di kawasan tersebut, ternyata kawasan hadapannya bebas dari sebarang struktur cuma disebelah kirinya sahaja terdapat beberapa tunggul kayu di dalam air. Beberapa kali gewang selaman dalam digunakan untuk menduga kawasan tersebut dan tiada kelibat langsung dari sang PB jadi khidmat SP amat diperlukan, ianya dibiarkan tenggelam di dasar dan dihenjut dengan perlahan-lahan.Ternyata terdapat seekor gergasi di dasar apabila balingan kedua terasa seperti tersangkut kayu dan beberapa ketika kemudian dapat dilihat tali bergerak dengan perlahan menuju ke tengah.Sentapan padu dilakukan setelah yakin umpan telah dibaham dan kemudian bermulalah episod penderaan fizikal kerana menggunakan set yg agak ringan.Perlawanan berlanjutan selama 5 minit dgn si gergasi telah mengerahkan semuaa tenaganya untuk melepaskan diri dari belenggu "cacing" di mulutnya sehingga akhirnya ia naik ke permukaan dengan badannya yang mengiring. Setelah PB mega itu berjaya didaratkan sesi mengambi gambar pun bermula setelah itu ianya dibawa ke Fishing Club untuk mengesahkan beratnya dan dilepaskan semula demi kesinambungan sport fishing pada masa akan datang.

Kita Minum Dulu

Jam menunjukkan pukul 2 petang dan keadaan hari masih lagi panas, tekak pun terasa dahaga jadi kami berhenti berehat. Terpulang kepada anda untuk memilih samada untuk berehat diFishing Club atau di café. Café tersebut terletak tidak jauh dari Fishing Club. Oleh keranaFishing Club masih ramai lagi orang memancing jadi kami memilih untuk berehat sahaja di café. Kemudahan-kemudahan seperti WIFI, surau serta tandas juga disediakan. Sambil berehat kami berbincang mengenai tangkapan pada hari ini dan juga penggunaan SP yang benar-benar efektif. Lebih kurang sejam berehat, kami meyambung semula aktiviti.

Sambung Kerja

Lokasi seterusnya masih lagi disekitar Fishing Club, dan juga berhadapan dengan Coffee House. SP masih lagi menjadi taruhan utama, untuk mendapat PB mega sekali lagi, tapi nampaknya PB berskala 400-600 gram sahaja yang banyak menyambar SP yang dilontarkan. Apabila hari beransur petang serta angin juga kurang bertiup menjadikan keadaan air tenang, inilah masa terbaik untuk menggunakan gewang-gewang top water, ternyata persembahanwalk the dog dan juga popping tidak berjaya memperdayakan pemangsa di dalam air walaupun pelbagai teknik karauan dilakukan. Jadi kami menggunakan gewang-gewang minnowseperti Lucky Craft, Smith, Rapala, Storm, Bassday dan banyak lagi berjaya menjerat sang pemangsa walaupun saiznya tidaklah sebesar mana, tetapi cukup menghiburkan. Sebagai seorang pemancing yang meminati sukan casting, soft plastic perlu ada di dalam kotak simpanan gewang anda, sememangnya tidak dapat dijangka sekiranya ikan-ikan menjadi culas dengan penggunaan hard body lure serta kawasan yang berisiko tinggi untuk menggunakan gewang, inilah masa terbaik untuk anda bereksperimen dengan SP. Di negara-negara maju seperti negara barat dan Jepun penggunaan SP ini telah diperluaskan, sehingga menjadi senjata utama menjerat spesis Bass di dalam pertandingan-pertandingan memancing yang disertai oleh pemancing-pemancing professional. Kini terdapat pelbagai jenama serta rekabentuk SP yang ada dipasaran, terpulang kepada anda untuk mencuba dan bereksperimen dengannya.



Artikel daripada Majalah SIRIP keluaran JUN 2011

Thursday, August 11, 2011

BLOG PUAKA

al-kisah blog puaka.hanya saka PB je yg ade dlm blog ni skrg.penghuni2nye sume dah lupekan banglo nih.marila kite memeriahkan balik banglo ni kwn2

Galeri Tuan Banglo AtiQul

Ruang Iklan

Photobucket